Sunday, October 10, 2010

Aku Rindu DIA


Aku rindu kekasihku yang Maha Esa
Ampun kan aku, aku mengkhianati cinta yang Engkau berikan

"ya Allah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Engkau,
Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu
dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku,
dan aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatn kelakuanku,
Aku kembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Engkau berikan
dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang aku lakukan
Ampunilah aku kerana tiada siapa dapat mengampunkan selain Engkau"

(riwayat Al-Bukhari)

Engkau tetapkanlah iman ku ya Allah

"Wahai Tuhan kami, janganlah engkau memesongkan hati kami
Sesudah engkau beri petunjuk kepada kami,
dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpahkan
pemberian-nya"

Engkau terima lah amalan ku ya Allah

"Wahai Tuhan kami, Terimalah daripada ku, amalan ku,
sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar,
Lagi Maha Mengetahui"
(surah al-Baqarah: 127)

Dan Engkau sejahterakan ibubapa ku ya Allah

"Wahai Tuhanku, cucrilah rahmat kepada ibubapa ku
Sebagimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
Serta memlihara dan mendidikku semasa kecil"

P/s: Aku takut akan dosa yang dilakukan berkali-kali
sudah tahu tapi tidak peduli
Adakah Allah akan ampunkan dosa ku?

No comments:

Post a Comment